PENGENALAN
- Bertujuan menguji kepintaran pemain memusingkan gasing supaya gasing itu berpusing dalam jangka masa yang panjang.Permainan ini dimainkan oleh lelaki dewasa dan kanak-kanak yang berumur sembilan tahun ke atas. Jumlah pemain adalah tidak kurang daripada dua orang.
TEMPAT
- Kawasan yang lapang dan rata.
PERALATAN
- Gasing timah, tali gasing, lopak, bong, bulu ayam, getah kecupu, bilah dan sedikit minyak pelicin.
LANGKAH-LANGKAH PERMAINAN
- Pemain
melumurkan getah kecupu pada bahagian kayu gasing. Dia tidak perlu
melumurkannya pada bahagian timah gasing. Dia menggosoknya dengan menggunakab
bilah iaitu kepingan buluh yang dibelah nipis, ke seluruh permukaan gasing.
- Setelah
itu, pemain akan melumurkan getah kecupu pada tali gasing pula. Dia mengikat hujung
tali pada batang pokok dan seorang pembantu akan memegang dan menarik bahagian
pangkal tali supaya tali itu tegang. Dia melumurkan getah kecupu pada
keseluruhan tali gasing tersebut.
- Pemain
melilitkan tali gasing pada gasing. Dia menarik tali sehingga tegang dan ,ula
melilit secara perlahan-lahan bermula dari kepala gasing sehingga meliputi
seluruh bahagian atas gasing.
- Pemain
mengikat bahagian pangkal tali pada pergelangan tangannya. Dia menghulurkan
gasing ke depan sedikit dengan kedua-dua belah tangannya. Dia mengayunkan
sebelah tangan ke belakang dan melontar gasingnya ke arah bong supaya gasing
jatuh dan berpusing di atas bong. Dia menarik tali ke belakang.
- Sebaik
sahaja gasing jatuh ke atas bong, pencokok akan mencokok atau menangkap gasing
dengan menggunakan lopak gasing. Dia kemudiannya meletakkan gasing ke atas
lopak secepat mungkin. Dia membubuh sedikit minyak pelicin pada bahagian paksi
gasing dengan menggunakan bulu ayam. Pemain kemudiannya meletakkan gasing yang
sedang berpusing ke atas cagak. Pemain yang gasingnya berpusing paling lama
dikira sebagai pemenang.
TEKNIK PERMAINAN
- Semasa
memusingkan gasing, tali tidak boleh ditarik terlalu cepat atao terlalu lambat.
Sekiranya tali itu lambat ditarik, gasing akan jatuh ke luar bong dan jika terlalu
cepat pula, gasing itu akan terkait.
- Semasa melontarkan gasing, pemain hendaklah melontar dengan sekuat mungkin supaya gasing boleh berpusing dalam jangka masa yang panjang.